LABUAN: Kemajuan positif kadar vaksinasi Labuan sebanyak 80 peratus bakal menyaksikan pulau bebas cukai itu boleh beralih ke Fasa Tiga di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada bila-bila masa minggu depan.
Senator Datuk Bashir Alias berkata kadar vaksinasi (bagi dos kedua) sudah meliputi sejumlah 54,800 orang daripada 68,500 populasi dewasa dan dicapai lebih awal daripada tarikh yang disasarkan iaitu pada 30 Julai.
"Ini bermakna Labuan telah mencapai sasaran vaksinasi untuk beralih ke fasa seterusnya dan kami optimistik ia berada di landasan yang betul ke arah mencapai imuniti kelompok," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada seorang penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di sini, yang melengkapkan imunisasi bagi 54,800 orang di wilayah persekutuan itu.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, dalam ucapan secara dalam talian dari Putrajaya dan bersiaran secara langsung di PPV itu, berkata Labuan kini sedia beralih ke Fasa Tiga PPN selepas ia mengimunisasi sejumlah 54,800 orang daripada 68,500 populasi dewasa yang disenaraikan sebagai layak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini.
Bashir berkata justeru itu, penduduk Labuan perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.
"Nasihat saya kepada komuniti perniagaan ialah terus mematuhi SOP dan hentikan sikap acuh tak acuh kerana kita perlu bersama-sama mengekalkan momentum yang baik ini dalam usaha menangani kes-kes COVID-19," katanya.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Mohd Dzulfaizal Ab Manan pula berkata sukarelawan daripada Privo Team (koordinator bagi pelaksanaan vaksinasi secara jumpa terus dan pandu lalu) akan terus memainkan peranan dalam Program Imunisasi COVID-19 Labuan.
"Kami akan menggerakkan pasukan kami ke kampung-kampung melalui pelaksanaan vaksinasi dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti penduduk yang belum divaksin dalam usaha mencapai sasaran tiada sesiapa pun yang terpinggir.
"Kami percaya masih terdapat sebilangan kecil penduduk yang enggan mendapatkan vaksin atas alasan yang tidak diketahui, kami perlu memahamkan mereka mengenai kepentingan mendapatkan vaksinasi bagi mengelak jangkitan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Labuan telah mencapai sasaran vaksinasi untuk beralih ke fasa PPN seterusnya. - Gambar fail
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Kabel bawah tanah rosak punca Labuan bergelap 20 jam
Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) punca sebahagian Pulau Labuan bergelap selama 20 jam kelmarin.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Nagalang
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran dan disyaki telah mati beberapa hari sebelumnya.